Friday, August 14, 2009

INFLUENZA H1N1
VIRUS BABI BERMUTASI

Pada tahun 2005, seorang remaja lelaki di Wisconsin,AS, membantu iparnya menguruskan rumah penyembelihan babi. Beberapa minggu kemudian, keluarga remaja berusia 17 tahun tersebut membeli seekor anak ayam dan mememliharanya dirumah. Tidak lama selepas itu , remaja tadi mendapat selesema yang berlarutan sehingga tiga hari.(Newsweek,May 11-18-2009).

Remaja tedi memiliki virus H!N! didalam tubuhnya, namun tiada sesiapapun yang mengambil berat terhadap penyakitnya. Sehingga empat tahun kemudian, virus itu mengejutkan dunia dan mematikan beratus ratus mangsa.

Kita hidup didunia global yang penuh dengan mikrob ysng dikongsi.Kemajuan pengangkutan dan modenisasi boleh membawa penyakit yang berada di AS ke Malaysia dalam masa beberapa jam sahaja. Dengan mengira setiap detik virus itu menular melalui pernafasan, didalam kapal terbang, dijalan dan dimana sahaja tempat yang dilalui oleh individu yang telah terjangkiti., tiada seorangpun mendapat jaminan akan terselamat dari pada virus ini.

Sehingga sekarang akbar telah melaporkan bahwa babi telah disahkan sebagai agen utama virus influenza jenis A ( H1N1 ) yang menyebabkan selesema babi.

Sejarah influenza dunia mencatatkan babi telah membunuh lebih 20juta manusia diseluruh duniapada tahun 1918. virus ini dipercayai berasal dari babi babi Amerika dan menjangkiti tentera pada perang dunia pertama. Kemudian virus ini tersebar kenegara lain, menyebabkan berlakunya bencana epidemic.
Kebanyakan kes selesema babi yang disebabkan virus H1N1 yang menggabungkan genetic babi, burung dan manusia.


BABI RUMAH REHAT VIRUS.

Penyakit yang dibawa oleh babi begitu banyak berbanding heiwan lain. Ini disebabkan tuhan telah menciptakan tubuh babi mempunyai kondisiyang amat sesuai untuk pembiakan pelbagai jenis virus.
Babi mempunyai tabiat pemakanan yang kotor, dan apabila virus memasuki badan babi melalui pengambilan makanan, virus membiak didalam sel sel badan babi dengan jumlah yang begitu besar. Disesetengah keadaan virus ini bercampur dengan virus jenis lain, mereka membiak dan menghasilkan strain baru yang mewarisi cirri cirri induknya dan kadangkala lebih berbahaya.

Kebiasaanya, virus virus babi menjangkiti individu yang berurusan secara langsung dengan heiwan tersebut, seperti petrnak,penyembelih dan pemakan.

Akbar dalam talian newser bertarikh 17 april 2009 melaporkan pekerja industri penyembelihan babi telah mendapat penyakit saraf jenis baru akibat daripada heiwan tersebut. Telah mengalami masalah saraf,lemah,letih yang teramat sangat,kebas dan mencucuk.

KENAPA BABI LEBIH BERBAHAYA KEPADA MANUSIA ?

Kuman yang biasa apabila masuk kedalam badan babi akan berubah menjadi lebih berbahaya. hal ini dibuktikan dalam laman web rasmi Centers of Disease Control and Prevention (Amerika) mengesahkan babi mampu mengubah kuman virus yang menyerangnya menjadi lebih berbahaya dari semasa kesemasa.

Masalah utama adalah kita tidak boleh membuang retrovirus ini daripada babi karena virus ini dibawa oleh genetiknya. Dengan kata lain babi dan virus sudah mendarah daging dan tidak dapat dipisahkan, malah mewariskan genetic bervirus dan mengakibatkan bahaya jika digunakan oleh manusia.
Umat Islam memang diharamkan memakan daging babi, menyentuhnyapun sudah najis apatah lagi memakannya.

Babi adalah takungan virus yang sangat baik. Heiwan ini mampu mengubah virus yang masuk kedalam badannya. Pakar Mikrobiologi di Universiti Hongkong, Profesor Malik Peiris, berkata “ Jika anda mengambil virus manusia dan memasukannya kedalam badan burung atau ayam , ia tidak akan membiak. Begitu juga jika anda mengambil virus daripada heiwan tersebut dan memasukannya kedalam badan manusia , ia juga tidak akan membiak. Sebaliknya satu penemuan yang mengejukan diperolehi bilamana virus manusia atau virus burng dimasukkan kedalam badan babi, kedua dua bahan genetik ini bergabung lalu menghasilkan jenis virus baru yang lebih berbahaya dan membiak dengan mudah sekali. Hal ini dilaporkan dalam artikel bertajuk “ Pigs May Help Spread Bird Flu Among Humans” dalam the Sunday Morning Herald pada 31 julai 2004.

Kini banyak ditemui virus jenis baru keluaran babi dan menjangkiti manusia. Antaranya termasuklah Porcine Torivirus, Porcine Rotavirus, Porcine Reproduktive Syndrome Virus dan H3N2 Swine Flu Virus yang dilaporkan dalam Campaign for Resposible Transplanntion, Press Releases pada 21 0ktober 1998.

Dalam journal fo virology 1997, sekumpulan saintis dibawah Dr,Yoshihiro Kawaoka dari universiti Wisconsin, mendakwa pada kerongkong babi terdapat sel tertentu yang mampu mengubah pelbagai kuman virus kepada bentuk bentuk yang lebih berbahaya. “ babi telah menjadi takungan yang nyaman kepada virus“.


JAPANESE ENCEPHALITIS ( JE ).

JE yang dibawak oleh nyamuk CULEX betina yang menghisap darah babi, membawa bersama virus JE. Dan mengigit manusia Akibatnya, virus ini menyelinap kesaluran otak tanpa disedari oleh mangsa . Berlaku keradangan di sel sel otak dan membrane disekelilingnya. Sel sel darah putih sedaya upaya mempertahankan tisu daripada serangan virus ini tetapi gagal. Tisu tisu otak seterusnya membengkak, kemusnahan sel sel saraf dan otak memburukkan lagi keadaan. Akhirnya otak turut musnah dan mangsa tidak dapat diselamatkan.

Menurut jumhur Ulama, babi boleh dibunuh karena ia bukan harta bernilai, dan bakan termasuk harta yang diharamkanolehsyarak mengambil manfaat darinya. Kerena mengandungi kemudaratan yang amat besar kepada manusia.

Negara negara barat mempunyai lading ternak babi yang sistematik, tetapi penyakit nya tetap menular kepada manusia , bahkan kos perubatan yang terpaksa disediakan untuk merawat pesakit yang berpunca daripada babi lebih besar daripada keuntungan yang diperolehi oleh peternak itu sendiri.

Sumber dari KOSMIK majalah sains dan tekhnolgi.